Akaun wakaftahfizqiraat.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

WAKAF & INFAQ KHUSUS UNTUK KITAB AL-QURAN MUSHAF QIRAAT ASYARA ( Qiraat Sepuluh )

WAKAF & INFAQ KHUSUS UNTUK KITAB AL-QURAN MUSHAF QIRAAT ASYARA ( Qiraat Sepuluh )

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh, 

Y.Bhg. Tuan/Puan/ Dato’/Datuk/Datin/Tan Sri & Puan Sri,

PROGRAM PENAJAAN, SUMBANGAN DAN INFAQ PENDIDIKAN ini adalah khusus untuk KITAB MUSHAF AL-QURAN QIRAAT ASYARA (Qiraat Sepuluh) dimana pihak kami PENERBITAN DAR HAKAMAH selaku penerbit kitab mushaf al-quran qiraat asyara telah diberi kelulusan oleh pihak KDN serta mendapat sokongan daripada pihak JABATAN MUFTI NEGERI, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI, PERBADANAN WAKAF SELANGOR, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, KEDAH DAN NEGERI SEMBILAN sedang berusaha untuk membantu pelajar-pelajar pusat pengajian islam seluruh Negeri  seperti Pusat Tahfiz, Madrasah, PondokUSIM, Darul Quran, Universiti Islam Negeri dan Kolej Universiti Islam ( Diploma Qiraat ) bagi mencari IBUBAPA angkat yang sudi untuk menaja pelajar-pelajar HUFFAZ yang mendalami ilmu al-quran secara talaqi dengan menggunakan KITAB MUSHAF QIRAAT ASYARA SEPULUH ini.  Bagi sesi pengajian tahun 2021 sehingga 2023.  ( KITAB INI TIDAK MENJADI LAMBAKAN ) Setiap pelajar amatlah memerlukannya.

                

1 PELAJAR  1 KITAB MUSHAF QIRAAT ASYARA 

PENERBITAN DAR HAKAMAH  telah kerjasama dengan PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ SELURUH MALAYSIA, YAYASAN ADDIN WAL-QIRAAT PERAK, BRIDGED DAKWAH PERKIM WP, PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH, INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN IPTA/IPTS  bagi menjayakan program ini.

Pihak Kami mengajak orang ramai kiranya dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan kitab ini dengan menjadi IBUBAPA angkat kepada pelajar-pelajar HUFFAZ ini ( 1 PELANGGAN = 1 HUFAZ ) 

Tiada golongan yang lebih dimuliakan di sisi Allah SWT melainkan orang-orang yang masanya dihabiskan dengan mendalami agama Islam, menjaga dan memelihara kalam-kalam suci Allah SWT agar terus tertegak di muka bumi ini. 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ؟  قَالَ : هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ. أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

Dari Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ﷺ! Siapakah mereka itu?” Baginda ﷺ bersabda: “Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan.
(HR. Ibn Majah)

Mengapa kitab dan buku ini dipilih ianya TIDAK MENJADI LAMBAKAN malah ianya diperlukan oleh setiap pelajar-pelajar huffaz yang mendalami ilmu al-quran secara talaqi.

MENGAPA ANDA PERLU MENAJA PELAJAR-PELAJAR HUFFAZ INI ? 
Kerana merekalah golongan penerus generasi ulama' dan umara'. Merekalah juga pewaris para anbiya. 
Mahukah anda menyantuni golongan yang diutamakan oleh Allah SWT ini⁉️
JOM KITA  ‼️ BERSAMA-SAMA KAMI  MENAJA PELAJAR-PELAJAR HUFFAZ INI 

Pihak kami ingin membuka peluang dan mengajak anda semua untuk bersama-sama menyantuni ahli-ahli ilmu dan al Quran ini dengan MENJADI IBUBAPA ANGKAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR HUFFAZ INI. 


Semoga Allah redha, dalam setiap 
sen kita berwakaf dan berinfaq.

Penafian: 
  1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.